Tuesday, October 16, 2018

Surat untuk BFF

Assalamualaikum.

OMG OMG OMG its almost 6 years ok since tak tulis pape into this blog. Rindunyaa tapi tu laaa bz manjang.. Im diploma holder right now since malas nak sambung untuk degree makanya kita kerja je. Dalam masa 6 tahun, macam2 jadi..so pengalaman tu yang mematangkan kita. Atau erti kata lain, mendewasakan dari pelbagai aspek. Satu aspek jela fail, MASAK. Hahahaha susah rupanya masak ni..tengok resipi pun kira hebat dah aku rasa andddd kalau menjadi tu lagilah hepi kan. Bab kerja pulakkkkkkk memang takde life la cerita dia, gi keje balik keje je. Lagi untung kalau balik awal huhu tu pun kalau takde shipment. Kalau tak mereput mengadap shipment jelah..Untungnya kalau ada boyf *tibaaahhhhhh

2013-2014

Satu pengalaman jelah ingat sampai sekarang, takboleh lupa and rindu sangat. I had this one kind of bff which is lelaki. Bff perempuan pun ade deskmate lama iols.Aaaaa rindu.Siapa kata lelaki dgn perempuan tak boleh jadi bff? Sis boleh je..setahun je dah cukup buat kita rapat mcm belangkas and everyone noticed that. We never had mutual feelings or anything tapi bila masing2 ada masalah, dedua share macam adik beradik. Tak kisah la benda tu happy ke, sedih ke...and kitaorang satu class time tu. Lagilah mcm belangkas.. even nak nap pun dekat meja aku and cikgu pun perasan benda yang sama. Jaga batas adalah satu yang dituntut bila you duduk di asrama okay. Actually mana-mana pun sama kan..

Time prep pun muka kau jelah aku hadap..muka kau jelah depan mata aku. Tapi sekarang, kau jauh dah..jauh dari Msia,jauh dari mata aku. Jauh tinggalkan aku..I just cant describe how closed we are..sedih bila ingat.Sampai satu masa, kau suka sorang budak perempuan ni. Aku tak suka pun tengok bff dgn orang lain tapi demi uolsssss aku cuba rapatkan dorang okay. Ingat lagi malam time prep that girl datang into our class untuk amik gambar polaroid. Lupa nama dia but that girl sangat lembut. 360 darjah jauh beza dengan aku yang gelak tak reti cover. Madah nak memekak je hahahahaha

Selain jaga batas, polaroid pun femes k. Sape ada polaroid haaa boleh buat servis sebab tu je kenangan yang valid. Old school gitu bila flashback balik gambar2 tu bila dah habis sekolah...polaroid time tu mahal oi, kalau tak silap sekeping dalam rm1.50-rm2 kot. Back to our story, its supposed gambar dorang berdua tapi aku menyelit gak. Theres a few polaroid gambar kita yang aku masih simpan. Dengan harapan satu hari nanti, manalah tauuuuuuuuuuuuu kau balik pada aku to be my forever bff. And some of friends pun ada cakap2 macam mana la kalau end up kitaorang akan kahwin. Hello...tak pernah terfikir pun hahaha

Kau pergi basketball 6 hari pun mcm lama je tunggu. Bukan sebab rindu mana pun, tapi sebab banyak gosip.Hahahaha but who knows 3 bulan after that...I tend to leave you and others. Something happened towards myself which I cant stay there anymore. Segar lagi dalam ingatan aku....time rehat aku cakap yang aku akan pindah. Bukan bagitau 2 atau 3 hari tapi on the spot, which is dah packing barang..dah masuk barang dalam and abah tunggu dalam kereta. Datang class pun sebab nak kutip barang2.. and that time aku bagitau dia yang aku nak pergi. Aku nampak riak wajah kau tak suka. Entahlah..whether kau sedih ke happy ke..aku sendiri pun tak dapat nak teka. It was a hopeless goodbye. Semua jadi dengan cepat, pantas and saat tu jugak aku tau yang aku akan hilang kau.

Betul tekaan aku, jarak antara kita jadi jauh sangat. I just cant described how much I miss you sebagai seorang kawan yang sangat rapat dengan aku dulu. Andai waktu boleh putar balik..
Life must go on kan. Satu benda aku belajar, Allah datangkan seseorang untuk kita belajar, mengenal dan Allah juga hilangkan untuk rasa lebih menghargai seseorang.Anddd belajar dari kesilapan...semua benda ni aku tak pernah lupa and takkan lupa. Kau kawan terbaik yang pernah aku kenal, jumpa. Thank you jugak layan otak gila aku for 1 n half years kot.

Kepada awak,
Jauh mana pun kau, aku doakan kau sentiasa berjaya. Good to hear sekarang dah terbang jauh further degree, tapi kau memang pandai..tak dinafikan. Tidur pun pandai haish. Mamai2 pun boleh kira addmath dengan betul. And sepanjang kita berkawan, aku jarang nampak kau marah. In any situation pun, kau cool je..
Aku cuma boleh berharap in future, Tuhan jodohkan kita untuk bertemu balik.
Dan kalau tu bukan rezeki aku, aku doakan agar kau sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik. 

Throwback teruk ek *lap air mata*
Hahaha banyak lagi benda nak throwback, ko sabajap. 6 tahun pun cerita kot

Xoxo
Aisyhah