Friday, January 7, 2011

Kisah SILAM

Assalamualaikum :)





Kah kah kah. Kelakar pulak tengok gambar. Ala-ala gambar poyo waktu zaman muda-mudi dahulu. Mata pun macam nak taknak je bukak. Ohhhhh sungguh poyonya aku. >.< Malam ni tetiba aku gedik nak ikut ayah aku pergi kedai gunting rambut. Okaylah nak cerita pasal zaman muda-muda dahulu. Chekidout !


Taknak naik bas sekolah.
Dulu kan, waktu kecik-kecik pegi tadika. Waktu balik aku taknak naik bas sekolah. Aku akan menangis bawah tingkap dan menyorok dekat belakang semata-mata taknak naik bas. Pakcik bas akan pujuk aku naik bas tapi aku tetap taknak sampai cikgu-cikgu terpaksa call mak aku suruh ambik aku dekat sekolah sebab aku dah menangis macam mati laki. Dan lepastu ayah aku belikan mak aku kereta kancil khas untuk hantar aku pergi tadika. Bila dah besar and teringat peristiwa tu aku sentiasa akan tergelak sorang-sorang macam orang gila. :D


Kena cubit dengan mak dekat masjid.
Ni dah besar sikit. Kalau tak silap, darjah dua. Memang kelakar tahap cipan waktu ni. Waktu Maghrib singgah dekat satu masjid nih sebelum sampai rumah. Then, waktu mak and kakak aku solat, aku dengan adik aku buat bising dekat masjid semata-mata nak tunjuk dekat sorang budak tuh yang kami boleh buat bising dalam masjid. Lepas mak habis solat, aku dengan adik aku kena cubit sepuas-puasnya dengan mak sampai lebam tangan. Sekarang, baru tahu yang kita tak boleh bising dekat masjid. Itulah gunanya cubitan mak.


Jatuh sampai sakit gigi.
Time ni tak berapa nak ingat darjah berapa tapi yang pasti aku main lari-lari lagi dengan adik aku. Sekali jatuh gedebuk depan kereta. Apalagi, kena bebelan mak non-stop. Padan muka sendiri. :PP


Menangis kerana kawan.
Aku ingat sangat time nih. Darjah enam. :) Mak Azreen Syazwani meninggal waktu pagi dalam bulan puasa sama dengan hari lahir anak dia. Sedih kan ? Ada lagi tiga hari sebelum nak UPSR tetiba dia diuji dengan dugaan yang cukup hebat. Tapi jujur aku cakap, dia memang kuat. UPSR dia lima A tau. Okay okay, back to the story. Pagi pergi sekolah. Sekolah heboh dengan kematian ibunya Azreen. Kitaorang memang tersentap sebab Azreen kecik dan sungguh pendiam orangnya. Time rehat, cikgu-cikgu ajak pergi melawat. Jalan kaki satu kelas pergi rumah dia. Memang penat tapi kerana kawan kita redah jugak. Sampai sana, Azreen terus peluk guru kelas kami. Dia menangis teresak-esak. Sama macam kami yang melihat dan guru-guru yang hadir.Pehhh ! sayu sangat waktu tu. Kitaorang peluk dia erat-erat dan minta bersabar. Kesian tengok dia. Apa kata korang semua yang baca blog ni sedekahkan Al-Fatihah untuk Ibu Azreen Syazwani.

Malas la nak tulis panjang-panjang. Sebenarnya banyak dan terlampau banyak kenangan waktu kecik kita semua yang akan lekat dalam minda kita sampailah bila-bila. Bila teringat, mesti rasa nak pecah perut tergelak. Rasa muka macam merah-merah sebab malu. Ada jugak yang sedih. Okaylah. Byeee <3



3 comments:

  1. banyaknya kenangan dia...best2 gak

    ReplyDelete
  2. cm knal jek . hehe . folow balek ye !

    ReplyDelete
  3. jatuh then skt gigi takpa lg. mau jatuh darah darah. huish. pahit tu.

    ;D

    ReplyDelete