Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, sampai pun rumah. Penat nak tunggu mama kemas beg. Sempat jugaklah berbual-bual dengan insan gila-gila :DD Dan hari ni aku bersyukur sangat kerana Allah makbulkan doa aku. Terima kasih Ya Allah. Hik hik. Puas jugaklah tadi dapat tengok dia.
Rasa sedih tengok Atikah menangis terbaca post kakak dia. Aku ingat apalah tadi. Rupanya Atikah anak yatim dan ayah dia meninggal waktu usia dia 4 tahun kerana menghidap sejenis penyakit kalau tak silap. Hari jadi ayah dia baru beberapa hari yang lepas. Sampai terduduk dekat lantai si Atikah. Aku pun sedih sangat baca post tuh. Bila dia tengok post tuh, makin laju deraian air mata dia. Ya Allah, rasa insaf sangat tadi. Dan, betullah kata orang yang kita tak akan menghargai sesuatu selagi ada depan mata dan akan merasai kehilangannya apabila ia pergi. Atikah cakap dengan aku yang first-first dia tak nangis langsung tapi bila dia baca ulang-ulang kali, hati dia jadi sayu. Sabar ye Atikah. :) Aku akan sentiasa jadi kawan kau. Chill girl !
Blog aku dah macam hape dah. Silau mata tengok. Haishhh, macam nak delete je tapi TAK BOLEH LA. Aku sayang sangat dekat blog dan segala memori yang ada dalam blog nih. Okaylah, Byeeee <3

No comments:
Post a Comment