Hari ni hari paling menyampah sebab aku kembali update blog aku yang dah bersawang ni.Malas nak update semalam sebab takde mood.#Cehh,drama konon.Lepas exam ingatkan nak update tapi blog buat hal.Tak boleh nak sign in pelbagai.Aku pulak dah over excited nak update blog.Petang dah kena berambus dari rumah sebab pergi camping.Kakak aku halau aku dari rumah :D Sedih aku siot.
Mula-mula camping buat taik tapi dah lama-lama best pulak.Yelahhhh,aku suka ada niat.Kalau tak,takdenya aku nak pergi.Takdenya aku nak pergi menggelapkan muka.Takdenya nak tidur himpit-himpit macam ikan sardin dalam tin.:P Aku suka ketawa macam hantu waktu malam-malam.Macam dah berani habis la gituuu.Game burung hantu ada yang takut, ada yang berlagak berani nak mati.Aku sederhana okay.Aku tidur tepi tangga sampai azan subuh.Memang best ahh.Aku dengar pak imam baca tahrim.Insaf aku. :)
Makan ala kadar je.Semua muka budak-budak camping dah macam stok ikan sardin.Pagi petang siang malam,main lenjan je makan ikan sardin dengan telur.Haha.Masak jangan cakap ahh.Macam-macam resipi ada.Sekali dalam seumur hidup aku,aku tak pernah makan tomyam sardin.Tiba-tiba dekat camping,resipi tu pulak yang dimasak.Apepun,bersyukur dari kau kena makan daun dekat pokok tu. :D Aku masuk masakan rimba.Padah ye anak-anak kalau kita tak tahu masak jadi aku cuma tolong kakak form5 bakar ubi dalam bara api.Best woooo~ Aku suka main parang.Ketuk segala benda yang ada dekat sekeliling aku.
Malam kebudayaan,aku jadi nenek kebayan.Suara latar je.Hikhik,comel je taw.Siap ketawa mengilai-ngilai lagi.Aku suka polis punya persembahan.Nampak cool gileeee.Kawad memang aku taknak masuk ahh.Muka boleh jadi arang lepas masuk.Kalau kurang kayu api,boleh pinjam muka budak-budak kawad.Gelap semacam kot.:P #Tipuuuuuu.Tak ramai pong yang gelap.
Daki gunung best sangat walaupun nafas semput-semput sebab air aku orang lain pegangkan.Semua kata aku over excited.Bila semua orang mengeluh penat,aku je satu-satunya manusia yang boleh gelak sakan.Aku pun tak paham dengan diri aku sendiri.Asyik nak gelak tengok orang tergelincir.Kata orang,tak baik gelakkan orang nanti diri sendiri kena balik.Haha.Memang pon :D Tengah turun bukit yang curam mak aihhh,tiba-tiba aku jatuh tergelongsor.Suara aku menjerit jangan cakaplah kan.Bukan main semua tengok muka aku.Nak tahan malu,senyum jelah kan.Mula-mula turun gunung dengan Syura.Ececeh,buka main bual sakan tak ingat dunia .Sekali aku dah tinggalkan dia dekat belakang.Seriously,memang tak perasan langsung.Laju betul aku jalan.Turun bukit tak perlu tenaga sebab tu laju sikit.
Hujan pulak.Dahlah jauh lagi nak sampai bawah.Memang aku dah cuak habis sebab aku ni jenis senang tergelincir.Sekali betul tergelincir.Aku main paut tangan orang sebelah dengan kuat sebab aku ingat kawan aku,Syura sekali salah orang la pulak.Haha.Aku terpegang tangan cikgu lelaki.Bengang tak terkira.Cikgu tu pun pegang tangan aku balik.Tolong aku turun bukit perlahan-lahan.
Takyah tanya aku jatuh berapa kali.Takyah tanya aku tergelincir berapa kali.Takyah tanya aku pegang tangan siapa-siapa.Haihhhh,bila ingat balik memang kelakar habis.Paling kesian,Fatin.Sebab dia paling last turun.
Aku tak boleh nak tunggu dia sebab aku nak cepat.Memang muka dia muram habis.Sampai sekolah,baru bercakap.Kalau tak,diam seribu bahasa.-.-
Tuttttt turun gunung belakang aku.Waktu aku masak,tiba-tiba belakang muka aku.Dekat jugaklah nyahhhh.
Aku sukewwwww. <3
No comments:
Post a Comment