Dah berhabuk berasap bersawang segala dekat blog aku.Tak tolong sapu-sapu sikit ke? Okay.Hari ni adalah hari bodek cikgu sedunia.Eheh,silap silap.Hari ni kan HARI GURU.Muahh muahh sikit dekat siapa yang jadi cikgu tuh.Bukan kemain semua mintak maaf harini,nyanyikan lagu yang best-best untuk cikgu tapi nanti dah berapa bulan mula buat perangai balik.Kata orang,tak rock la gitu.Yeke ROCK ? Bukan beruk ? Entahlah.Takpayah nak nilai orang kalau diri sendiri pun sama je.*Nasihat buat diri sendiri*
Tadi semua orang tengah sibuk tengok cikgu-cikgu main sukaneka.Aku dengan classmates yang lain boleh buat drama dekat stadium.Buat macam rumah sendiri je stadium tu.Gelak tak ingat dunia.Lepastu,diaorang kenakan aku cukup-cukup.Memang cerdik belaka korang ni.Malu tak tertanggung aku harini.Yang aku pun menggatal mencabarkan diri untuk memalukan diri sendiri.Maaplah kalau aku cakap putar-belit.Aku kadang-kadang pun geleng-geleng kepala baca post yang dulu-dulu punya.
Terima kasih yeee Timun kerana anda telah berjaya buat saya macam nak menangis tadi.Tahniah yang teramat sangat.Anda memang bagus mencopkan saya sebagai pelakon terhebat sebab sakitkan hati awak.#Agak-agak aku boleh menang award tak tahun ni? Undilah saya :D
No comments:
Post a Comment