Buleh tak kalau malam ni entry jiwang karat meleleh ? Boleh tak ni ? Blog siapa ni haaa > Ececeh,sudah gaharu cendana pula.Sudah tahu bertanya pula.Bagus perangai aku,dah jangkit penyakit Asmira yang suka berpantun.Takjadilah nak update jiwang karat meleleh tu semua,kang nanti tak pepasal kau bukak blog aku pastu kau baca entry yang sumpah boleh bagi badang makan muntah kau.
Dalam kelas,aku asyik kena buli je kan.Silap,bukan buli cuma dimalukan sampai senyum ke telinga.Kelas Bahasa Melayu memang mulia sungguh perangai kawan-kawan aku ni.Mesti ade je agenda hebak nak kenakan aku.Haritu cikgu cakap pasal huruf J.Setat la budak2 ni cakap pasal Japo.Apalagi,semua start cakap yang aku suka Japo.#Bila masa entah aku suka dia.taknak ngaku pulok.Cikgu pun mula-mula tak tahu siapa yang suka budak tu tapi dia start cerita pasal Japo.Aku dah diamkan diri dekat belakang takut nanti kena perambat kang budak2 ni semua.
Tak pepasal semua jerit satu kelas yang aku suka dia.Cikgu buat muka terkejut dan tanya betul atau tidak.Aduh,takde tema lain ke yang nak dibincangkan ? Balik-balik cerita sama je.Boringlah.Haha,sambung balik.Then aku cuma geleng kepala sambil gelak-gelak.Konon nak cover malu segala.Cikgu kata takpe,dia budak pandai.Ina sambung "Hah sesuai sangatla tu,dua-dua pandai".Janganlah macam ni,malu titew. #Entry tamat.
Ehhhh,nanti.Aku dah dapat result exam dan cukup tidak membanggakan.Setakat 5A3B,mak aku cakap baik berhenti sekolah je camni.Memang merudum habis dengan peperiksaan setengah tahun.Gambar aku yang comel loteh yang terlekat dekat papan kenyataan sekolah memang kena turun la lepasni.#Dekat sekolah,siapa dapat nombor1 bakal ditampal gambarnya.Salah satu cara nak glamor.Cis,glamorlah sangat -,- .Dan sebabkan aku yang malas nak belajar ni,dapatlah no 2.Alhamdulillah,syukur syukur :D
#Muka nak pergi rumah terbuka lagi luas pemandangan.Pink ooyeahhh <3
No comments:
Post a Comment