Monday, November 14, 2011

Akmalaisya

Aku rasa lama dah aku tak update blog yang serabai lagi selekeh ni.Amboi,semalam aku baca private blog Asmira.Aku dah agak yang kau suka dia.Oopss,terlepas la.You tak marah kan ? Nanti ehem ehem lari karang.Bosan gila dok umah dahlah harini terlepas duit RM100 tu.Tulah,nak sangat pergi KLIA ambik kak Wawa sampai dua-dua kau lepas.Padan muka aku sendiri T.T #Dah sampai rumah baru rasa menyesal gila kot.

Menangislah wahai diri agar senyumanmu banyak di kemudian hari !. Blog ni tadi aku baca sampai senyum ke telinga.Entahlah aku rasa blog ni banyak mengajar aku erti hidup,kekuatan and everything.And this entry sama dengan apa yang aku lalui sekarang.Gembira ? Aku tak boleh terlalu mengharap kang kalau lain yang jadi hummm mata aku jadi medan pertempuran lagilah ni.Excited ? Haha,really excited.Semuanya bermula pada hari Jumaat.Jumaat lepas berjaya buat aku senyum tak berhenti sampai sekarang.

Tapi aku masih ragu-ragu dengan dia.Sama ada dia ikhlas atau tidak.Aku pun tak tahu apa motif dia buat aku macam ni. #Dia anggap kau kawan je Cah,tak lebih dari tu pun. Hati aku selalu cakap macamtu.Mungkin betul gerak hati aku sekarang.Aku tahu dia baik.Baik ? Baik kot. :D Daripada FB,twitter sampailah ke page blog aku semua dia follow.Apa motif dia ni ? Kadang-kadang aku rasa nak block dia terus tapi biasalah Asmira sentiasa katakan jangan atau aku yang akan menyesal di kemudian hari.Ye,memang aku suka bertindak ikut sedap hati aku.Well,berlagak la katakan :P

Cara dia buatkan aku hummm,setanlah kau ni.Aku suka berperang dengan perasaan aku sendiri.Sekarang aku tweet dengan lebih berhati-hati.Mostly,tweet aku semua pasal kau.Nampak sangat rakusnya.Tapi sekarang kau boleh baca dan kau boleh balas.Aku rasa macam nak pengsan.Bukan pengsan gembira tapi pengsan sebab takut.Kau macam tahu semua tweet aku pasal kau kan.Dah takde kerja lain eh ? Dahlah ade satu gambar yang hummmmm,aku rasa dada aku nak meletup bila ingat semua ni.Tak tertebus malu aku sebagai seorang kawan kau.Kawan yeah...

Banyaklah perkara yang kau buat untuk beberapa hari ni sampai aku tak senang duduk.Kau jahat sama je macam Asmira.Korang kan memang -,- Aku tahu post malam ni syok sendiri tapi dah lama aku tak luahkan isi hati aku yang terpendam lagi membara ni.Aku harap mimpi kau malam ni.Goodnight !




# Aku suka kau.Ye ke ? Haha.

No comments:

Post a Comment